Pada 8 November 2025 (Sabtu), KOWAJA telah mejayakan Majlis Sambutan Hari Deepavali 2025 bersama penghuni Pertubuhan Kebajikan Thangam Illam di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Pusat jagaan ini menempatkan 35 orang penghuni terdiri daripada anak yatim, individu kurang berkemampuan, OKU serta warga emas. Mereka dibantu oleh 4 pekerja sukarela yang menguruskan keperluan harian para penghuni. Sebagai tanda keprihatinan, KOWAJA menyampaikan sumbangan berupa barangan elektrik dan barangan kering keperluan harian yang dapat membantu meringankan beban pihak pengurusan dan meningkatkan keselesaan penghuni. berupa makanan asas dan barangan kelengkapan harian beserta duit raya sedikit
Majlis ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang turut dihadiri oleh Anggota Lembaga dan kakitangan KOWAJA beserta ahli keluarga masing-masing. KOWAJA turut menyediakan jamuan makan tengah hari, hidangan Marrybrown dan juga manisan. Sambutan hari lahir juga turut diadakan bagi menambah lagi kemeriahan majlis bersama para penghuni. Semoga kehadiran dan keprihatinan yang diberikan mampu membawa sedikit kegembiraan serta mengukuhkan hubungan KOWAJA dengan komuniti yang memerlukan.