Majlis Sambutan Perayaan Deepavali 2024

Pada 9hb November 2024 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Hari Deepavali bersama anak – anak yatim & kurang berkemampuan bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Rumah Ozanam PJ telah menjadi lokasi pilihan bagi sambutan sempena perayaan Hari Deepavali pada tahun ini.

Rumah Kebajikan ini dihuni oleh 14 orang penghuni kanak – kanak dan remaja dalam lingkungan umur 7 – 17  tahun yang diuruskan oleh 5 orang pekerja. Manakala 35 orang ibu tunggal yang berdaftar juga mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan di Rumah Ozanam dari semasa ke semasa.

Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan persekolahan beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang penapis air bagi memastikan mereka mendapat akses kepada air yang bersih dan selamat untuk kegunaan harian.

Majlis yang bermula pada 11.00 pagi hingga 2.00 petang telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOWAJA dan kakitangan KOWAJA bersama keluarga masing-masing.

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp