MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2019

Pada 2hb. November 2019 Sabtu, KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Deepavali di Rumah Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Mary KL yang bertempat di Setapak, Kuala Lumpur. Seramai 55 orang penghuni persatuan tersebut telah diraikan pada majlis ini. Pelbagai sumbangan disalurkan antaranya ialah bantuan keperluan harian untuk kegunaan rumah persatuan kebajikan tersebut. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Anggota Lembaga dan kakitangan KOWAJA.