MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2018

Pada 10hb. November 2018 Sabtu, KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Deepavali di Rumah Persatuan Kebajikan Thangam Illam yang bertempat di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Seramai 44 orang penghuni persatuan tersebut telah diraikan pada majlis ini. Pelbagai sumbangan disalurkan antaranya ialah bantuan keperluan harian untuk kegunaan rumah persatuan kebajikan tersebut. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Anggota Lembaga dan kakitangan KOWAJA.