Pada 4hb April 2026 (Sabtu), KOWAJA telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Pertubuhan Kebajikan OKU Al Hadid Ampang yang beralamat di 2, Jalan Pandan Ria 3/C, Taman Pandan Ria 3, 68000 Ampang, Selangor. Pusat Jagaan ini menempatkan seramai 20 orang penghuni lelaki kelainan upaya berumur antara 7 – 50 tahun yang diuruskan oleh 7 orang pekerja.
Dalam majlis ini, KOWAJA telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, makanan asas dan barangan kelengkapan harian seperti tilam, bantal dan selimut. Setiap penghuni menerima duit raya sebagai usaha menceriakan sambutan Aidilfitri dan menambahkan kegembiraan mereka. Selain itu, KOWAJA juga menyumbangkan sebuah peti ais 2 pintu bagi kegunaan harian pusat jagaan tersebut.
Majlis yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang turut diserikan dengan kehadiran Anggota Lembaga, kakitangan KOWAJA dan ahli keluarga.