Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025

Pada 19hb April 2025 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Saudara Baru An-Najjah yang bertempat di No.3 Jalan Kent 2, Off Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur. Pusat Jagaan ini dihuni oleh 22 orang penghuni dalam lingkungan umur 7 – 18 tahun yang diuruskan oleh 5 orang pekerja. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan harian beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang 1unit TV 55 inci untuk kegunaan harian penghuni. Majlis yang bermula pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang turut diserikan dengan kehadiran Anggota Lembaga KOWAJA dan kakitangan KOWAJA.

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp