MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Pada 8hb. Julai 2017 Sabtu, KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak Yatim yang bertempat di Gombak, Selangor. Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah telah menjadi lokasi pilihan bagi sambutan sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Seramai 50 orang penghuni rumah kebajikan telah diraikan pada majlis ini. Pelbagai sumbangan disalurkan antaranya ialah bantuan barang keperluan harian untuk kegunaan persatuan tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Anggota Lembaga KOWAJA dan kakitangan KOWAJA.