Majlis Penyampaian Cek Bayaran Balik Wang Keanggotaan 2023

Pada 25hb. Februari 2023 Sabtu, KOWAJA telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bayaran Balik Wang Keanggotaan yang berlangsung di Restoran Rebung by Chef Ismail, Kuala Lumpur.

Pemulangan wang keanggotaan ini adalah kerana anggota tidak lagi aktif sebagai anggota KOWAJA dan telah selesai pembiayaan bersama KOWAJA. Pemulangan wang keanggotaan tersebut telah diserahkan kepada 21 bekas anggota dan waris anggota yang mana berjumlah RM140,000.00.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Affendi O.P Andu, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan. Majlis turut dihadiri oleh pegawai SKM Wilayah Persekutuan, Ahli Lembaga serta kakitangan KOWAJA.