MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2020

Pada 10hb. Julai 2020, bertempat di Pejabat KOWAJA, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang KOWAJA 2020. Majlis diadakan untuk meraikan anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM pada tahun 2019.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan KOWAJA untuk menghargai kejayaan anak-anak anggota yang telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang disamping menyuntik semangat mereka agar lebih maju jaya pada masa akan datang.