MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2019

Pada 6hb. Julai 2019, bertempat di Vistana Hotel, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang KOWAJA 2019 bagi kali ke empat belas. Majlis diadakan untuk meraikan anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM pada tahun 2018.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan KOWAJA untuk menghargai kejayaan anak-anak anggota yang telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang disamping menyuntik semangat mereka agar lebih maju jaya pada masa akan datang.