Pada 16 Julai 2025 (Rabu), KOWAJA telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersama Pusat Darah Negara (PDN) bertempat di Ruang Lobi, Menara Teo Chew. Kempen pada kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 67 beg darah dengan jumlah kehadiran penderma sukarela seramai 89 orang. Kempen yang bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang turut mendapat sokongan pegawai – pegawai daripada Ibu pejabat Polis Dang Wangi dan ANGKASA Wilayah. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat.