Pada 17 Februari 2025 (Isnin), KOWAJA telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersama Pusat Darah Negara (PDN) bertempat di Ruang Lobi, Menara Teo Chew. Kempen pada kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 69 beg darah dengan jumlah kehadiran penderma sukarela seramai 96 orang. Kempen yang bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang turut mendapat sokongan pegawai – pegawai daripada Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat.