KEMPEN DERMA DARAH 2021

Pada 12 Oktober 2021, KOWAJA bersama – sama Pusat Darah Negara (PDN) telah melaksanakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) & Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bertempat di Ruang lobi Menara Teo Chew, Jalan Lumut, Kuala Lumpur. Kempen pada kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 70 beg darah. Kempen yang bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang turut mendapat sokongan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, En. Jaafar bin Ahmad.