Ramai yang tidak membuat caruman perlindungan bencana alam merangkumi antaranya banjir atau tanah runtuh untuk harta benda termasuk kediaman serta kenderaan bermotor, justeru kedudukan kewangan mereka bertambah sukar ketika dilanda insiden luar jangkaan seperti banjir dan sebarang tuntutan ganti rugi adalah bergantung kepada polisi individu sama ada menambah klausa banjir atau bencana alam ke atas perlindungan kenderaan dan harta benda atau tidak.Oleh yang demikian, pengguna sewajarnya mengambil langkah perlu untuk melindungi pelaburan harta benda daripada ditimpa pelbagai malapetaka.
Apabila anda mengambil perlindungan tambahan kenderaan anda akan dilindungi sekiranya berlaku banjir, pokok tumbang, atau angin taufan.Melainkan anda ada wang simpanan yang banyak untuk menangani kecemasan seperti ini, anda juga mungkin tak mampu menampung kos membaiki kereta atau paling teruk tiada kenderaan untuk digunakan.Tapi anda perlu ingat, polisi insurans selalunya mengandungi terma-terma khas yang perlu diikuti kalau anda mahu membuat tuntutan. Contohnya, kalau anda memandu dengan sengaja ke tempat yang sedang banjir atau anda meletakkan kereta anda di tempat selain daripada tempat letak kenderaan yang betul dan akibatnya kereta anda rosak disebabkan banjir, insurans anda tidak akan menanggung kos kerosakan sedemikian. Maksudnya, dalam situasi seperti itu, anda kena bayar sendiri kos membaiki kereta anda. Oleh itu, pastikan anda sentiasa letak kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang sepatutnya dan bukan hanya di tepi jalan.
Bencana alam selalunya tak diduga dan dielakkan, jadi perlindungan tambahan boleh jadi sangat berguna untuk memastikan kenderaan anda sentiasa terlindung.Insurans dan takaful boleh membantu mangsa yang terkesan akibat banjir untuk mengurangkan kerugian dan memulihkan kehidupan dan perniagaan mereka.Rumah antara aset paling bernilai tinggi dan mempunyai harta benda di dalamnya. Jika dinilai aspek kediaman yang menjadi nadi penting dalam pembinaan institusi keluarga dan melindungi penghuninya, pemiliknya perlu memiliki insurans sebagai jaringan keselamatan atau persiapan kewangan apabila berlaku insiden luar jangka.
Setiap syarikat ada syarat dan terma tertentu yang dinyatakan dalam polisi. Ia berbeza mengikut nilai, jenis perlindungan dan individu.Insurans atau takaful hartanah dan harta benda adalah perlindungan yang tergolong dalam insurans am dan ia berbeza dengan insurans nyawa dan kenderaan. Berikut adalah langkah yang perlu dilaksanakan dalam membuat tuntutan perlindungan tambahan bencana alam atau dalam istilah insuransnya, special perils cover atau perlindungan peril khas.
PROSES MEMBUAT TUNTUTAN KENDERAAN SELEPAS BANJIR
- Rakam foto kenderaan yang terlibat sebagai bukti
- Hubungi hotline general insurans atau takaful
- Syarikat insuran atau takaful akan buat mengaturkan untuk untuk mengambil kenderaan korang
- Kenderaan yang terlibat banjir akan dibaik pulih oleh panel syarikat insuran atau takaful
- Bagaimanapun perlindungan banjir ni hanya boleh dituntut jika pemilik kenderaan mencarum mengambil Insurans Kereta Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam)
Sekiranya mengambil Insurans Kereta Perlindungan Tambahan Peril Khas (Bencana Alam) ini,anda dinasihatkan untuk terus hubungi syarikat insurans atau takaful kenderaan masing-masing.Tiada siapa yang mahu ditimpa musibah,tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Kalau boleh, untuk dapatkan perlindungan yang menyeluruh, jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk menambah polisi takaful atau insurans kenderaan.Bencana alam adalah sesuatu yang tiada siapa boleh ramalkan untuk ia berlaku bila atau dimana. Ia adalah lebih wajar untuk praktikkan sikap ‘sediakan payung sebelum hujan’ dalam apa-apa situasi.