HUTANG KELILING PINGGANG

Semua orang tentu tidak mahu mempunyai beban hutang tapi adakalanya keadaan mungkin memaksa kita untuk membeli sesuatu barang secara ansuran atau meminjam wang daripada institusi kewangan mahupun pihak ketiga.Tapi apabila hutang mula menggunung, pasti kita akan berasa bingung bagaimana untuk melunaskannya dan lebih parah jika sesuatu menimpa kita seperti dibuang kerja.Wang amat penting daalam memenuhi keperluan untuk terus hidup.Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda.

Bercakap mengenai hutang, memang takut dibuatnya. Namun, masih ramai yang ambil mudah mengenai perkara ini.Jika tidak mampu langsaikan,cuba bayar sedikit demi sedikit. Demi memenuhi gaya hidup mewah dan trend semasa ada yang sanggup berbelanja di luar kemampuan misalnya mengutamakan kehendak daripada keperluan.Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang pastikan anda memilih jalam terbaik untuk mengelak anda lebih terbeban dengan masalah hutang.

Golongan muda mudah terikut-ikut dan sering membandingkan kehidupan dengan orang lain, ia sekali gus mendorong mereka untuk berbelanja lebih daripada pendapatan yang diterima.Lebih membimbangkan, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2020 mendedahkan sebanyak 63 peratus rakyat Malaysia yang bekerja antara satu hingga tiga tahun akan kehabisan simpanan dalam tempoh kurang sebulan.

Berikut merupakan tips untuk mengelak daripada menjadi hamba hutang untuk selamanya :

  • Semak balik gaya hidup
  • Hidup di bawah kemampuan
  • Elakkan membuat pembelian dalam bentuk kredit
  • Menabung
  • Tambah pendapatan sampingan

Tidak dinafikan, dalam mengharungi kehidupan seharian, seseorang itu tidak dapat lari daripada hutang sama ada bagi pembiayaan rumah, kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, pendidikan dan sebagainya.Perancangan kewangan memerlukan kesabaran, usaha dan disiplin yang berterusan.Namun ianya lebih pantas untuk menyelesaikan hutang dan menstabilkan keadaan kewangan anda.