HUTANG AH LONG MEMUDARATKAN KEHIDUPAN

Anda mungkin tertanya-tanya, jika dah tahu Ah Long ni cekik darah, kenapa masih ramai yang sanggup berhutang dengan Ah Long?Soalan ini hanya pemiutang tersebut yang boleh jawab. Ada yang sedar mereka berhutang dengan Ah Long, dan kadar faedah yang dikenakan tak masuk akal. Tetapi kerana benar-benar terdesak, mereka sanggup mengambil risiko.

Along atau ‘Ah Long’ adalah terma yang merujuk kepada syarikat pinjaman wang yang tidak berlesen. Kebiasaannya, mereka yang terikat dengan pinjaman Along adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah atau yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang tunai dengan segera. Ah long merupakan istilah popular bagi ‘ceti haram’. Mereka juga dikenali dengan nama gelaran ‘lintah darat’ yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam.Ceti haram atau Ah Long kini dilihat semakin licik malah ia bagai tiada kesudahan apabila masih ada lagi individu yang masuk perangkap ‘lintah darat’ ini.

Pernahkan anda memperhatikan iklan-iklan pinjaman kewangan dimana-mana sahaja seperti dibawah jambatan, di atas tiang, di depan pintu kedai dan yang lain-lain? Mereka adalah iklan Along yang mencari mangsa untuk membuat pinjaman kewangan.Ah long menawarkan proses pinjaman yang mudah, tanpa perlu menyediakan kertas kerja dan penyediaan pelbagai jenis dokumen lain.

Walaupun amaran demi amaran telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada orang ramai supaya jangan meminjam daripada ah long, namun ramai yang menjadi mangsa.Meminjam daripada ah long bukan satu jalan keluar daripada dibelenggu hutang ataupun jalan untuk memulakan perniagaan kerana ia mungkin permulaan kepada detik hitam dalam hidup anda.

Bagaimanapun, itu bukan alasan yang membolehkan mereka mengambil jalan singkat dengan meminjam wang daripada lintah darat atau along. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan menyaksikan ramai individu yang tidak dapat bekerja, sekali gus terputus punca pencarian.Walaupun tidak berlesen, iklan-iklan poster tentang pinjaman Ah long boleh dijumpai di sekitar kota bagi menarik perhatian orang ramai, dengan kata-kata manis yang memikat hati mereka yang memerlukan dan tidak menyedari bahaya membuat pinjaman daripada Along.

Wang yang dipinjam daripada Ah long didatangkan dengan faedah dan risiko yang tinggi. Ramai yang memandang rendah terhadap risiko meminjam wang daripada Ah long. Mereka berpendapat bahawa selagi jumlah wang yang dipinjam adalah kecil dan dibayar dalam tempoh sesingkat yang mungkin, urusan pinjaman wang daripada Ah long boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Apabila kita terlekat dengan along ini, akan mengambil masa yang panjang untuk kita selesaikan masalah Along ini banyak jenis. Ada yang minta bayaran hari-hari. Kalau kita gagal bayar, faedahnya akan meningkat

Modus Operandi:

  • Menawarkan pinjaman tanpa penjamin dengan kelulusan segera dan mudah dengan kadar faedah yang tinggi.
  • Tidak ada perjanjian pinjaman yang ditandatangani antara Ah Long dan peminjam.
  • Mengiklankan perkhidmatan mereka dengan menampal kad perniagaan di merata-rata tempat, seperti di dinding bangunan, perhentian bas, kedai makan, pusat-pusat hiburan dan sebagainya.
  • Penawaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
  • Memberikan kemudahan pinjaman melalui kad visa dan mastercard, iaitu peminjam yang ingin meminjam boleh mendapatkan wang secara tunai daripada AhLong setelah ditolak dengan faedah, apabila peminjam menggunakan kad mereka di premis AhLong berkenaan.
  • Apabila mangsa gagalmembuat bayaran dan terjerat daripada pinjaman pertama, AhLong yang lain dari syarikat yang sama akan menghubungi mangsa untuk menawarkan pinjaman bagi menyelesaik

Secara ringkasnya, cara terbaik untuk berurusan dengan Ahlong adalah dengan tidak berurusan dengan mereka sama sekali. Cari syarikat pinjaman wang yang sah dan berlesen jika anda tidak boleh mendapatkan pinjaman daripada bank ataupun koperasi. Membuat pinjaman wang mahupun berhutang adalah tidak salah jika kita mendapatkanya di saluran yang betul. Malaysia kini mempunyai banyak institusi kewangan yang menyediakan pelbagai jenis pinjaman kepada orang awam. Bandingkan setiap tawaran yang diberi dan buatlah pilihan yang terbaik dengan mengambil kira faedah dan jumlah potongan bulanan yang dikenakan.

Jika anda bercadang untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk menyelesaikan masalah kewangan anda seperti hutang kad kredit,kereta dan atau apa jua boleh mohon pada Koperasi Kowaja! Ringankan beban kewangan anda dengan memohon Pembiayaan Peribadi-i Kowaja yang kini menyediakan kadar tetap serendah 4.99% serta ganjaran tunai RM300 menanti anda dengan setiap pembiayaan yang lulus.

Ingat, jangan biarkan hidup anda dihantui oleh Ahlong!