HARI RAYA ENDEMIK

Perayaan dan sambutan hari istimewa keagamaan pasti menjadi acara yang dinanti-nantikan saban tahun bagi kebanyakan agama di seluruh dunia. Bila sebut mengenai Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, sudah pasti rakyat Malaysia akan berasa teruja kerana dapat menyambut lebaran bersama orang tersayang.Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka paling meriah, tambahan selepas dua tahun tidak pulang beraya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.Kita sebagai rakyat sudah menjalankan tanggungjawab apabila mengikut segala peraturan yang ditetapkan kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak ini.

Pelaksanaan Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu dengan banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemansuhan had waktu beroperasi bagi premis perniagaan (masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis) membolehkan orang ramai lebih bebas melakukan aktiviti membeli-belah.Dalam keterujaan menyambut lebaran, kami kongsikan beberapa tips mudah sebagai persiapan untuk pulang berhari raya:

  • Lakukan Pemeriksaan Rumah. Ketika pulang berhari raya, anda pasti akan meninggalkan rumah kediaman untuk sementara waktu. Bagi memastikan keselamatannya, pastikan segala suis yang digunakan telah ditutup dan cabutkan plug dari sumber elektrik.
  • Ujian kendiri Covid-19. Sebelum memulakan perjalanan, apa kata lakukan terlebih dahulu ujian kendiri Covid-19 bagi memastikan diri anda dan keluarga berada dalam keadaan baik.
  • Servis kenderaan sebaik yang mungkin
  • Tambah nilai kad Touch n’ Go
  • Semak jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Lebuh Raya ataupun pengendali lebuh raya utama lain.

Yang paling penting kita semua kena bersabar dengan satu sama lain kerana semua pun nak balik kampung dengan selamat dan tanpa kejadian diingini.Berhenti bila mengantuk dan pandulah dngan cermat.Meskipun sudah dikategorikan sebagai fasa endemik dan banyak kelonggaran SOP diluluskan oleh kerajaan, jangan lupa untuk menjaga SOP dan jarak ketika kita sedang beraya. Akhir sekali, Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang meraikan dan semoga sambutan Hari Raya anda lebih sempurna serta meriah.