EXCELLENT STUDENT AWARD 2025

PENGUMUMAN

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KOWAJA 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Anggota Lembaga KOWAJA telah meluluskan Penganugerahan Pelajar Cemerlang Tahun 2025 kepada anak-anak anggota KOWAJA yang telah mendapat keputusan cemerlang dalan peperiksaan SPM bagi tahun 2024.

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut :

  • Pemohon merupakan anggota KOWAJA yang masih aktif dan telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 8A di dalam peperiksaan SPM tahun 2024.

Dokumen-dokumen yang diperlukan :

  • Surat permohonan daripada anggota sendiri
  • Salinan sijil/slip keputusan peperiksaan anak yang diakui sah oleh pihak sekolah
  • Salinan kad pengenalan DAN sijil kelahiran anak yang diakui sah oleh pihak sekolah/majikan
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa yang diakui sah oleh pihak sekolah/majikan

Permohonan yang lengkap hendaklah sampai ke alamat berikut sebelum atau pada 16 JUN 2025.

KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD (KOWAJA)

Tingkat 18, Menara Teo Chew,

No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.

U/P: Puan Salwana – Jabatan Urusetia

Sebarang pertanyaan mengenai Anugerah Pelajar Cemerlang, sila hubungi Jabatan Urusetia di talian 03-4048 2000, atau emel ke pertanyaan@kowaja.com.my.

 

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp