DUIT KERTAS ROSAK JANGAN BUANG

Ada simpan duit kertas rosak dekat rumah?Jika ya, jangan dibuang!Jangan terkejut jika ada orang yang membuang duit yang rosak. Bagi mereka, ia tidak bernilai lagi, ditukar di kedai-kedai pun takkan diterima. Sebenarnya itu adalah kesilapan terbesar yang ramai buat.Tahukah anda, duit rosak terdiri daripada pelbagai kategori.Setiap kategori kerosakan duit itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Duit merupakan sekeping kertas yang sangat tinggi nilainya. Ianya menjadi sangat penting bagi semua kerana apa saja yang kita mahu mesti kena bayar dengan duit.

Sebelum menukar duit yang rosak, anda perlu memastikan terlebih dahulu jenis kerosakan duit tersebut. Duit yang rosak boleh ditukarkan di mana-mana jenis bank dan juga bank utama iaitu Bank Negara Malaysia. Namun jika kerosakannya teruk, ia hanya boleh ditukarkan di Bank Negara Malaysia sahaja.Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia.Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti:

  • duit terbakar
  • terkoyak
  • berlubang
  • kotor/lusuh
  • kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik)
  • dimakan anai-anai
  • luntur warna dan banyak lagi.

Jadi, apa nak buat kalau ada duit rosak?Cara nak tukar duit kertas yang rosak ialah dengan membawa wang kertas /wang polimer / duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan anda dan isi borang.Anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter.Sekiranya cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.

Kesimpulannya, duit yang rosak pun masih ada nilainya. Namun jika kerosakannya teruk sangat, ianya sudah tidak bernilai lagi. Oleh itu, jangan buang terus setiap kali duit mengalami kerosakan, kenal pasti terlebih dahulu kerosakannya.Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah hubungi Jabatan Pengurusan & Operasi Matawang di talian 03-26988044 samb. 7284 / 7307 / 8252 / 8278 atau www.bnm.gov.my.