DUIT DALAM AKAUN BANK HILANG

Kes duit hilang atau dicuri tanpa transaksi sah secara terus daripada akaun bank bukanlah isu biasa.Sudah banyak kali terjadi yang menglibatkan bank-bank di Malaysia. Mungkin perkara ini tidak terjadi kepada anda tetapi ianya pernah terjadi pada orang lain.Kita pasti panik sekiranya duit dalam akaun bank hilang sedangkan kita tidak buat apa-apa transaksi.

Bagaimana sekiranya duit dalam akaun bank hilang dan apa perlu buat jika duit dalam bank kita hilang?Sekiranya anda membuat semakan baki dalam akaun bank anda, dan anda mendapati duit anda berkurang atau hilang sedangkan anda tidak membuat apa-apa transaksi atau pengeluaran wang, berikut adalah panduan yang perlu anda lakukan:

1.Membuat laporan di bank anda
Paling mudah membuat laporan andalah menghubungi talian khidmat pelanggan bank tersebut dan mungkin akan dihantar ke unit Aduan. Pastikan anda sediakan maklumat yang terperinci seperti Waktu transaksi kehilangan duit (boleh semak menerusi online banking) dan Jumlah wang anda yang hilang.

2.Membuat laporan pihak polis
Pergi mana-mana balai polis yang berhampiran dengan tempat anda dan bagitahu apa yang berlaku kepada pihak polis.

3.Maklumbalas dari Pihak Bank
Kebiasaannya proses dari pihak bank akan memerlukan 14 hari bekerja bagi kes ini untuk disiasat dan setelah itu pihak bank akan memberikan respon. Sekiranya anda tidak menerima maklumbalas dari pihak bank selepas tempoh ini, anda hendaklah telefon semula pihak bank anda untuk mohon maklumbalas.

4.Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM)
Jika anda tidak menerima maklumbalas dari pihak bank anda ataupun maklumbalas yang diberikan tidak memberikan penjelasan yang memuaskan, anda boleh terus buat aduan lanjut kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).Hubungi Talian BNM Telelink: Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888

Mungkin ramai lagi pengguna perbankan yang pernah mengalami kehilangan wang tanpa disedari.Apa yang kita, sebagai pengguna boleh buat bila berdepan dengan situasi di atas ialah, buat laporan mengikut prosedur yang betulJadi, kepada semua yang menyimpan duit melalui akaun bank haruslah sentiasa peka dan tahu tentang duit yang keluar atau masuk serta semua transaksi yang anda lakukan perlu diteliti supaya tiada lagi kes duit simpanan hilang dalam akaun bank.