BEBAS HUTANG

Hutang yang banyak pasti buat jiwa tak tenang dan serabut. Setiap individu pasti tidak dapat lari daripada dibelenggu oleh hutang. Displin yang tinggi dan kemahuan paling penting untuk selesaikan hutang dengan segera. Tapi berapa ramai yang betul-betul komited nak buat sampai betul-betul selesai hutang.

Tetapi anda jangan bimbang setiap masalah pasti ada jalan penyelesainya.Hutang boleh diuruskan dengan lebih efektif supaya anda mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap situasi kewangan anda. Kesilapan berhutang masa lalu, anggaplah ia sebagai pengajaran dalam hidup dan bertindak segera untuk elak kesilapan yang lebih besar pada masa akan datang.

Jom kita tengok langkah bagaimana caranya untuk kita selesaikan hutang satu persatu secara teratur dan bijaksana.

· Senaraikan hutang-hutang yang ada
Dengan senaraikan boleh bantu kita untuk melihat keseluruhan hutang dari jumlah paling kecil hingga ke jumlah yang besar.

· Senaraikan Segala Jenis Pendapatan
Pendapatan tetap dan sampingan setiap bulan.

· Komitmen Bulanan Yang Tetap
Termasuklah bil internet, bayaran bulanan kereta dan sebagainya perlu senaraikan satu persatu.

· Selesaikan Hutang Besar Terlebih Dahulu
Jika anda mempunyai banyak pinjaman yang perlu dibayar dan beri keutamaan kepada pembayaran hutang Ini kerana, berdasarkan kadar faedah yang anda perlu bayar untuk hutang tersebut akan menjejaskan kewangan anda lebih teruk berbanding pulangan yang anda dapat dari akaun simpanan.

· Hentikan Penggunaan Kad Kredit Buat Sementara Waktu
Seeloknya kurangkan atau hentikan penggunaan kad kredit buat sementara waktu. Jika anda tidak mampu untuk hadkan pengunaan kad kredit, lebih baik anda berhenti menggunakan kad kredit sehingga anda selesai melangsaikan hutang.

· Berhenti Menambah Hutang Baru
Jika menambah hutang,ia ibarat gali lubang besar (hutang) untuk tutup lubang kecil. Jadi sampai bila-bila hutang tidak habis bayar.

Hutang mungkin tidak boleh dilupuskan serta-merta tetapi hutang boleh diuruskan dengan lebih efektif supaya anda mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap situasi kewangan anda. Kita semua tidak mahu berhutang sebab kesannya membawa kepada tekanan sehingga bertahun-tahun. Apabila anda sudah melunaskan segala hutang piutang, itulah saat paling gembira dalam hidup anda.Semoga tips yang kami kongsikan ini membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik demi keselesaan di masa hadapan.