Kemunculan pajak gadai Islam di Malaysia telah membawa perubahan kepada industri pajak gadai yang selama ini dimonopoli oleh konvensional. Sistem ini membantu golongan yang memerlukan wang tunai dengan cepat dan mudah. Ar -Rahnu merupakan satu skim yang diperkenalkan untuk melindungi masyarakat Islam daripada transaksi yang berunsurkan riba. Sistem gadaian merupakan satu perkara yang memang telah lama dipraktikkan dalam masyarakat kita dan berkembang subur sejak dulu hingga kini.
Ar Rahnu, adalah pajak gadai Islam bagi pinjaman bercagar jangka pendek dan mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas. Pada masa sekarang, bank dan koperasi juga ada menawarkan Skim Ar-Rahnu ini. Apa yang untungnya, peminjam tidak dikenakan kadar keuntungan sebaliknya hanya dikenakan upah simpan, itu pun dengan caj yang minima.
Syarat Gadaian
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia / bukan warganegara Malaysia / pemastautin tetap.
- Tidak muflis
- Memiliki barang gadaian yang diterima
Keistimewaan
- Bebas riba
- Tiada yuran proses
- Bayaran upah simpan yang mudah & fleksibel
- Nilai Gadaian Tidak Susut
- Tempoh gadaian yang panjang
- Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
- Jaminan keselamatan barang gadaian dengan pelindungan Takaful
Jadi usahlah segan untuk mendapatkan pembiayaan Ar Rahnu ini sebagai salah satu cara menyelesaikan masalah kewangan anda.Untuk maklumat lanjut mengenai gadaian, simpanan atau pertanyaan lain boleh hubungi atau kunjungi cawangan-cawangan Ar Rahnu X’Change Kowaja seperti berikut:
- Ar-Rahnu X’Change Rawang – Tel: 03-6091 8590
- Ar-Rahnu X’Change Bandar Baru Selayang – Tel: 03-6138 5875
- Ar-Rahnu X’Change Pekan Kapar – Tel: 03-3250 3270
- Ar-Rahnu X’Change Seksyen 18 – Tel: 03-5545 1627
- Ar-Rahnu X’Change Sri Manja – Tel: 03-7772 4531