APA YANG DIPERTIMBANGKAN OLEH BANK APABILA ANDA MEMOHON PINJAMAN

Elakkan penolakan dengan skor kredit dan rekod pembayaran yang baik
Bank inginkan individu yang boleh membuat bayaran balik pinjaman tepat pada masanya. Mereka mempunyai akses kepada maklumat kredit anda dan akan menggunakannya semasa menilai permohonan pinjaman anda. Semua maklumat dalam laporan MyCTOS Score anda seperti hutang semasa, kes undang-undang dan muflis, pembayaran lewat dan banyak lagi boleh dilihat oleh pihak bank! Tingkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dengan sentiasa mengawal kesihatan kredit anda. Semak laporan MyCTOS Score anda yang terkini supaya anda boleh menyelesaikan sebarang masalah kredit seperti skor kredit yang rendah atau bayaran tertunggak dengan lebih awal.

Sumber: www.ctoscredit.com.my