Sukacita dimaklumkan bahawa Anggota Lembaga KOWAJA telah meluluskan Penganugerahan Pelajar Cemerlang Tahun 2025 kepada anak-anak anggota KOWAJA yang telah mendapat keputusan cemerlang dalan peperiksaan SPM bagi tahun 2024.
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut :
Pemohon merupakan anggota KOWAJA yang masih aktif dan telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 2 tahun.
Mendapat sekurang-kurangnya 8A di dalam peperiksaan SPM tahun 2024.
Dokumen-dokumen yang diperlukan :
Surat permohonan daripada anggota sendiri
Salinan sijil/slip keputusan peperiksaan anak yang diakui sah oleh pihak sekolah
Salinan kad pengenalan DAN sijil kelahiran anak yang diakui sah oleh pihak sekolah/majikan
Salinan kad pengenalan ibu dan bapa yang diakui sah oleh pihak sekolah/majikan
Permohonan yang lengkap hendaklah sampai ke alamat berikut sebelum atau pada 16 JUN 2025.
KOPERASI WAWASAN PEKERJA-PEKERJA BERHAD (KOWAJA)
Tingkat 18, Menara Teo Chew,
No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.
U/P: Puan Salwana – Jabatan Urusetia
Sebarang pertanyaan mengenai Anugerah Pelajar Cemerlang, sila hubungi Jabatan Urusetia di talian 03-4048 2000, atau emel ke pertanyaan@kowaja.com.my.