AMALAN MENABUNG

Menabung merupakan satu amalan yang baik dan perlu ditanam pada setiap individu sejak di bangku sekolah lagi. Sifat berjimat cermat dan tidak boros secara langsung dapat dipupuk dengan amalan menabung.Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri individu setiap duit wang yang dibelanjakan pastinya dicongak secara berhemah.Amalan menabung merupakan amalan yang mulia dan perlu diterapkan kepada para anak-anak atau pelajar-pelajar sejak dari kecil lagi agar mereka mempunyai sumber kewangan pada usia yang masih kecil lagi.

Amalan ini dapat mendidik mereka menjadi tahu menghargai duit dalam perbelanjaan harian dan untuk apa duit tersebut digunakan atau dibelanjakan.Sikap berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita akan lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan dan dapat mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh, apabila mempunyai wang lebihan, seseorang yang tidak menabung akan bertindak membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang yang dikehendakinya.

Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya.Kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna wang yana ada pada kita.Seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kepada anda yang ingin beli rumah sendiri, dah tiba masanya anda mula menabung. Anda pasti sedar bahawa harga rumah dan tanah makin meningkat dari semasa ke semasa. Dengan ekonomi dan pendapatan atau gaji semasa rakyat Malaysia sekarang, agak sukar untuk ada rumah sendiri tanpa menyimpan dulu.Jika anda mula buat simpanan atau buat tabungan, anda pasti akan ada simpanan untuk kegunaan beli rumah nantI.

Jadikan simpanan atau tabungan anda sebagai salah satu komitmen wajib anda setiap bulan.Kita semua tahu membazir adalah amalan yang merugikan dan tak beri apa-apa faedah. Tanya balik diri sendiri, perlu atau tidak barang itu? Adakah ia keperluan atau kehendak anda semata-mata? Soalan-soalan begini akan bantu anda untuk buat keputusan yang terbaik.

Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita hadapi semasa kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum hujan. Kita dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah, seperti mangsa dalam kemalangan atau ditimpa bencana. Selain itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua. Dengan adanya wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan selesa.

Apabila tabung simpanan sudah penuh, pasti akan dikira untuk lihat jumlah yang berjaya di simpan selama ini. Kadang-kadang jumlah tersebut mampu beri pendapatan lebihan kepada untuk bulan ini. Hal ini akan beri semangat baru kepada anda untuk menabung masa hadapan.Hasil tabungan tersebut boleh anda berbelanja atau simpan dalam bank. Tak rugi kalau anda mencuba.