AKTIVITI MENARIK DI RUMAH SEPANJANG TEMPOH PKP

Apabila pandemik Covid-19 segala yang dirancang tergendala dan lebih penting menjaga keselamatan dan kesihatan seisi keluarga. Dengan keadaan dan pergerakan terbatas, orang ramai diminta kekal berada di rumah dan tidak dibenarkan untuk keluar sewenang-wenangnya Jadi, tidak mustahil bahawa kebanyakan dari kita merancang untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Dalam tempoh perintah kawalan ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi atau essential services bagi menyekat penyebaran virus ini.

Setelah sekian lama terperuk di dalam kediaman rumah, pastinya orang ramai merindui suasana di luar seperti menikmati keindahan alam semula jadi dan menghirup udara segar seperti di pantai dan di tempat peranginan. Memang ternyata, selepas ini semuanya bakal berubah dan jikalau sebelum ini kita lebih tertumpu untuk berada di kawasan orang ramai, kini pastinya lebih ke arah tempat yang tidak ramai orang dan di kawasan terbuka.Usah khuatir dan jangan panik. Mari kita sama-sama melangkah hadapan dan duduk dirumah! Beberapa hari sudah pun berlalu tanpa kita sedari, akan tetapi melalui fasa ini pasti akan membuat anda tidak keruan.

Ramai mula ketandusan idea mencari aktiviti atau perkara yang boleh dilakukan pada masa terluang.Kami senaraikan beberapa aktiviti yang anda boleh buat sepanjang tempoh tersebut.

  • Berbual menerusi Video dengan ahli keluarga- Banyak keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang ke luar negara untuk belajar atau bekerja. Oleh kerana perbezaan zon masa, mungkin sukar untuk semua ahli keluarga berkumpul di sekeliling komputer untuk berbual, tetapi anda boleh memutuskan hari yang tertentu untuk berbual dengan ahli keluarga anda.
  • Mulakan aktiviti berkebun dirumah-Berkebun memang menyeronokkan.Kita boleh memilih sama ada untuk menanam pokok hiasan di sekitar rumah atau menanam sayur. Sekurang-kurangnya dapat juga sayur tadi digunakan untuk makan sendiri atau pun boleh dijual. Aktiviti berkebun seperti ini menggalakkan kita meluangkan masa bersama ahli keluarga untuk menjaga alam sekitar.
  • Kemahiran bertukang- Merupakan aktiviti yang menyeronokkan.boleh mulakan dengan menghasilkan bahan-bahan mudah yang berguna seperti rak buku dan alat tulis. Kemudiannya dengan pengawasan daripada ibu bapa, boleh mula menghasilkan bahan yang lebih besar, seperti bangku, reban ayam dan sangkar burung.
  • Membuat kek atau biskut-Bagi yang selalu mengadu tidak ada masa untuk memasak di rumah sebelum ini, inilah peluang yang ditunggu-tunggu.Hidangan tidak perlu terlalu mewah kerana percayalah, hidangan yang mudah dan ringkas kadangkala lebih menyelerakan berbanding hidangan yang rumit. Tambahan pula, pada waktu ini semua orang perlu bersedia untuk berjimat cermat.Mana tahu, jika ianya enak, anda mungkin dapat menjana pendapatan baharu.
  • Bersenam di rumah-Ayuh manfaatkan masa ini! Jangan banyak tidur. Lakukan senaman ringkas selama 10 min. Ini bagi memastikan kita kekal cergas dan sihat. Apa sahaja bentuk senaman yang anda pilih, yang penting senaman itu menggembirakan anda!
  • Solat berjemaah atau aktiviti keagamaan bersama- Jika sebelum ini kebanyakan keluar pagi & pulang malam mencari rezeki ,aktiviti keagamaan atau spiritual jarang dapat dilakukan bersama.Jadi ini masa yang sesuai untuk melakukan bersama keluarga.
  • Tambah Ilmu & Kemahiran-Hari ini kita boleh dapat pelbagai ilmu pengetahuan dari pelbagai bidang melalui buku , ebook , video , e-learning dan pelbagai lagi platform dalam talian. Semuanya boleh diperolehi hanya di hujung jari kita. Ada yang percuma dan yang berbayar. Ilmu-ilmu ini boleh digunakan setelah tamatnya tempoh kawalan pergerakan ini kelak. Siapa yang lebih bersedia maka lebih manfaat baginya.
  • Menyusun semula kewangan diri & keluarga-Inilah masa terbaik untuk mengambil tahu secara terperinci kedudukan kewangan diri atau keluarga. Bawalah berbincang bersama pasangan untuk mencari maklumat lengkap kewangan anda.

Lakukan aktiviti-aktiviti ini bagi mengisi masa lapang anda di rumah sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda dan anak-anak boleh menghindari diri dari keinginan untuk keluar bersiar.Tambahan pula, anda dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda.

Tunggu apa lagi? Bolehlah anda merancang melakukan apa saja aktiviti sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan lagi. Ayuhlah sama-sama kita bantu dalam memerangi wabak Covid-19 dengan hanya dengan duduk di rumah. Ingat, keluar apabila perlu sahaja.Semoga negara kita berjaya mengekang pandemik ini dengan sehabis baik.